top of page
Adsız tasarım (8).png

Home / Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah

Program Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah

Rangkaian maahad tahfiz yang berpusat di Turki,  ada lebih dari 10,000 cawangan di seluruh dunia. Sejak tahun 1951, ia diasaskan oleh Syeikh Suleyman Hilmi Turhan. Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah merupakan sebuah pertubuhan sosial yang diwujudkan sebagai sebuah pertubuhan pendidikan berlandasan konsep pendidikan Islam yang diperbadankan di mana kurikulum hafazan Al-Quran menjadi modul teras. Sistem ini terkemuka pada zaman Turki Uthmaniyyah dan ia berlainan dari kaedah yang diamalkan di Malaysia. Ia bukan hanya fokus kepada hafazan, tetapi juga subjek-subjek yang melingkupi syariah dan usuluddin.

 
Waqaf adalah asas untuk pembangunan global Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah. 
Bagi kami yang beragama Islam, kita harus memupuk budaya memberi kepada orang lain sambil memberi diri sendiri kerana harta yang kami ada tidak boleh dinikmati sepenuhnya selain ia diinfakkan di jalan Allah S.W.T. Begitulah naik kerajaan Islam dengan usaha infak dan sedekah. 


Sekarang Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah telah berkembang ke beberapa negeri, Johor, Melaka, Sabah, Kedah dan Selangor. Jom Umrah dengan gembiranya ingin mengumumkan bahawa kami akan mengadakan program ini di belah Kajang, Selangor.

Bagaimana anda boleh mendaftarkan anak anda dalam MTS?

Anak anda harus menamatkan pengajian UPSR, dan selalunya akan ada kem sepanjang 3 minggu. Ini terbuka untuk kanak-kanak berumur 12 tahun sahaja. Semasa kem pra tahfiz ini pelajar akan diuji relevan dengan hafazan dan akhlak mereka. Ini akan diadakan oleh Jom Umrah.

Apakah langkah seterusnya?

Anak anda akan ditawarkan ke Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah jika dipilih dan jika ada tempat kosong. Di sini, anak anda akan belajar mengikut sistem Uthmaniyyah. Selepas selesai pembelajaran, anak anda akan diberi 2 sijil, Sijil Tahfiz Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Anda boleh merujuk di bawah bagi program-program pengajian ini:

 

Program Pra Tahfiz

  • Mendaftar dan terpilih untuk program Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah

  • 1 tahun

  • Persiapan dan dilatih untuk membaca Al-Quran dengan tajwid dan tahsin.

 

Program Tahfiz/Hafazan

  • Program kedua

  • Meneruskan pembelajaran di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah

  • 1-2 tahun

  • Mula hafazan, mengasah akhlak dan adab.

 

Program Pengukuhan

  • Program ketiga

  • Meneruskan pembelajaran di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah

  • 6-12 bulan

  • Mengambil syahadah untuk sambung pengajian alim.

 

 Program Alim Di Malaysia

  • Di Malaysia

  • Meneruskan pembelajaran di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah

  • Program keempat

  • 1 tahun

  • Harus lulus peperiksaan dan mempunyai akhlak dan adab yang tinggi.

 

Program Alim Di Turki

  • Di Turki

  • Meneruskan pembelajaran di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah

  • Program kelima

  • 3 tahun

  • Tinggal di asrama

  • Anak anda akan ke Turki untuk menikmati dan menuntut ilmu dengan sepenuhnya dengan pengalaman dan budaya di Turki. Mereka akan ke seluruh Turki  dan diuruskan oleh Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah sendiri. Anak anda akan ke Istanbul pada tahun akhir. Tetapi sepanjang program ini, anak anda tidak akan kembali ke Malaysia sehingga habis pengajian.

 

Berkhidmat di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah

  • Kembali ke Malaysia

  • Selepas tamat, anak anda boleh memilih untuk terus sambung belajar SPM atau pengajian yang tinggi atau berkhidmat di MTS, berkongsi ilmu kepada pelajar yang baru.

  • Berkhidmat di MTS bukan hanya di Malaysia tetapi di MTS seluruh dunia.

 

Jom Umrah akan mengadakan program Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah dan kami berharap dapat berjumpa anak-anak anda dan bersama-sama mengukuhkan hafazan dan akhlak kami!

bottom of page