top of page
Gambar oleh ekrem osmanoglu

UMRAH

Pengertian dan Hukum Umrah
            Umrah secara bahasa ertinya ziarah, sedangkan menurut syariat iaitu berkunjung ke Baitullah dalam keadaan ihram untuk bertawaf dan bersa’i di antara Safa dan Marwah serta bercukur demi mengharap redha Allah SWT.

            Hukum umrah wajib sekali seumur hidup (jika mampu seperti mana syarat haji). Umrah dilakukan dengan niat berihram dari miqat, kemudian tawaf, sa’i dan diakhiri dengan bercukur/memotong rambut (tahallul umrah) dan dilaksanakan dengan tertib. Umrah terbahagi menjadi dua, umrah wajib dan umrah sunah.

Umrah Wajib
            - Umrah yang dilaksanakan pertama kali
            - Umrah yang dilaksanakan kerana nazar

Umrah Sunah
            Iaitu umrah yang dilaksanakan setelah umrah wajib baik yang kali kedua dan seterusnya, dan bukan kerana nazar.


Waktu Mengerjakan Umrah
            Umrah dapat dilaksanakan bila-bila sahaja, kecuali ada beberapa waktu yang dimakruhkan melaksanakan umrah bagi jemaah haji, iaitu pada saat jemaah haji wukuf di Padang Arafah pada hari Arafah, Hari Nahr (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyriq.

SYARAT, RUKUN DAN WAJIB UMRAH

      Syarat Umrah
            1. Islam 
            2. Baligh (dewasa)
            3. Aqil (berakal sihat)
            4. Merdeka (bukan hamba sahaya)
            5. Istitha’ah (mampu)
      Rukun Umrah 
            1. Ihram (niat)
            2. Tawaf
            3. Sa’i
            4. Cukur
            5. Tertib

            Wajib Umrah ialah berihram dari Miqat, yakni melakukan niat berhaji dari Miqat. Apabila dilanggar, ibadah umrahnya sah tetapi harus membayar dam.

Miqat Makani untuk Umrah
            Bagi jemaah yang datang dari luar Makkah Al-Mukarramah, miqatnya sama seperti miqat haji. Bagi jemaah yang berasal dari Tanah Halal, miqatnya adalah Tanah Halal tersebut, sedangkan bagi mereka yang berada di kota Makkah, baik penduduk asli Makkah mahupun pendatang, miqatnya adalah Tanah Halal. Untuk berihram, mereka perlu keluar dari Tanah Haram ke Tanah Halal lalu kembali berihram dari tempat tersebut. (Tan’im, Hudaibiyah, Ji’ranah)

 

 

 

Sebagaimana telah dijelaskan terdahulu bahawa ibadah umrah merupakan kewajipan tersendiri yang dibebankan kepada setiap umat Islam yang mampu (istitha’ah). Sebagaimana firman Allah SWT:

 قَالَ الله تَعَا ليَ  : وَاَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلّٰهِ

 

Ertinya: “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah SWT.” (QS Al-Baqarah: 196)

FADILAH UMRAH
bottom of page