top of page
pexels-mddl-mn-13311030.jpg

Our History

Sebagai Hisar Travel, kami telah berkembang ke seluruh dunia dari Turki, yang merupakan titik permulaan perkhidmatan Umrah & Haji yang telah kami laksanakan selama lebih 33 tahun. Kami terus berkembang dengan membuka cawangan baharu di bandar baharu setiap tahun. Hari demi hari, kami membawa lebih ramai orang bersama-sama ke Baitullah.

Tentang Hisar Travel

TUAN/PUAN YANG KAMI HORMATI

Hisar Travel adalah sebuah syarikat agensi pelancongan yang berhubung dengan ibu pejabat kami di Istanbul Turki iaitu Hisar Turizm sebagai salah satu cawangan dibawah Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) di Malaysia. Kami mula beroperasi pada 16 April 2019 dan dinamakan

Visi Kami

Menjadi sebuah agensi pelancongan dan rujukan bertaraf dunia dengan mentaliti serta perkhidmatannya yang teratur, dengan kakitangan  kami yang berpengalaman, memanfaatkan peluang terbaik dunia moden, tetapi tidak keluar daripada konteks as sunnah

Misi Kami

Menawarkan pakej haji dan umrah mengikut ka’idah Sunnah yang sempurna bagi mereka yang  ingin menunaikannya dari serata dunia .

JOM UMRAH BERSAMA HISAR TRAVEL

Hisar travel merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh di bawah Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah. Kami, bersama Jom Umrah - sebuah umrah travel agency Malaysia telah menyediakan beberapa pakej Umrah, Haji dan lawatan ke Turki. Pakej-pakej ini adalah dengan harga yang berpatutan, sesuai bagi setiap bajet/kemampuan. Dalam pakej-pakej ini termasuk kursus untuk mempersiapkan diri sebelum umrah bagi mereka yang tidak pernah melakukan Umrah. 

Program-program Umrah yang kami telah rancang menakluki semua aspek-aspek, termasuk melawati beberapa tempat sejarah Islam. Jangan khuatir, umrah travel agency malaysia ini dapat membantu anda supaya dapat melakukan ibadah Umrah dengan lancar dan selamat.

KENAPA HISAR TRAVEL

Jom Umrah mempunyai pasukan yang berpengalaman untuk merealisasikan kehendak anda di Arab Saudi. Dengan mutawwif yang berpengalaman, ibadah Umrah anda akan dibimbing dengan baik dan tanpa berasa was-was. 
 
Selain daripada agensi yang berpengalaman, Jom Umrah Bersama Hisar Travel juga memastikan semua tempat penginapan anda adalah yang terbaik dan paling selesa, termasuk pandangan yang indah. Iternari juga dirancang dengan teliti, meliputi semua kehendak anda. 

Pakej-pakej yang kami tawarkan juga sesuai bagi semua bajet dan kemampuan tetamu Allah. 

Berikut adalah beberapa perkara dan tip yang perlu diambil perhatian untuk Umrah:

1. Bersedia untuk perjalanan rohani

Sebelum berangkat, ia amat digalakkan untuk menyelesaikan konflik, meminta maaf dengan keluarga dan rakan-rakan dengan niat yang betul. 

2. Menghadiri kursus-kursus umrah

Ini supaya anda dapat menyediakan diri dengan cara-cara untuk melakukan ibadah umrah. Dalam kursus-kursus ini, anda juga boleh bertanya sebanyak soalan yang berlegar-legar di minda anda dan mendapati maklumat lanjut sebelum melawati Tanah Suci. 

3. Mendakapi budaya yang berbeza

Budaya Melayu dan budaya Arab ada banyak perbezaan, seperti contoh, mereka lebih aktif di malam, dan selalunya tidur tengahari.

4. Bersedia untuk menghadapi halangan bahasa 

Kami semua selesa dengan berkomunikasi dalam bahasa Melayu, tetapi di Arab Saudi, kebanyakan dari penduduknya berbahasa Arab. Dan itulah anda harus bersiap sedia dan tidak tersentap apabila mengalami halangan bahasa.

Tip:

1. Bina stamina anda

 

Anda akan banyak berjalan, seperti bertawaf, melakukan sa’i, membeli-belah dan berjalan ke tempat penginapan anda ke Masjidil Haram untuk solat. Belum lagi dikira dengan jumlah orang yang melakukan ibadah.

 

2. Berpakaian yang sesuai dan mengikut cuaca

 

Anda harus menyiapkan pakaian yang sesuai, untuk musim sejuk dan musim panas. Anda juga harus menyiapkan diri dengan kasut yang sesuai, selipar/sandal yang selesa!

 

3. Vaksin diri anda

 

Dengan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, ia amat digalakkan anda untuk mengambil vaksin dan jaga diri sebelum berangkat. Anda tidak dapat naik kapal terbang jikalau anda ada Covid-19. Disebabkan itu, lebih baik untuk mencegah diri dari ini.

Jomlah beribadah bersama Hisar travel & Jom Umrah! Kami pastikan berumrah/melawat anda adalah sesuatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan!

bottom of page